Sunday, April 17, 2016

BAHASA HATI

Tapi aku selalu ada,
saat kau berduka,
saat kau jatuh,
saat kau lelah,
saat kau sakit,
saat kau keliru,
saat kau sedih,
saat kau kecewa.

Selama ini aku, bukan dia.
Tapi kenapa?

Pusing-pusing,
masih aku, bukan dia.

Masih lg segar dalam ingatan,
saat kau jatuh dengan dugaan,
di tuduh mengabaikan kau,
saat aku sibuk dgn perkara lain,
namun berjaya ku pujuk hati ini,
kau sdg jatuh dgn masalah,

Lalu bangkit aku seorang diri,
berusaha beri semangat,
agar kau sedar,
Tuhan beri dugaan kerana kau mampu.
Alhamdulillah kau berjaya laluinya,
aku tersenyum gembira,
walau dalam luka.

Ohh hampir aku lupa,
dia watak utama,
sedang aku hnya sampingan.

Andai hati sudah suka,
tidak mengapa sayang,
pergi saja padanya,
sungguh dia lebih sempurna,
pujuk hati dia,
donggakkan dagunya,
beritahu dia,
engkaulah duniaku.

Aku tidak mengapa,
aku sihat belaka,
penuh dengan cinta,
senyum sentiasa,
tapi hanya dengan luka.

Sabar sayang,
hidup ini sementara, 
angkatlah dia,
sehingga ke 7 benua.

Terus buat apa yg kau suka,
walau ini semua bukan ku pinta,
andai jalan takdir terbuka,
aku senyum dan terima.

Sebab aku hnya biasa,
paling tak sempurna,
tidak seperti dia,
yg kau sentiasa puja, sentiasa sanjung.

Lambat laun kau akan mengerti,
waktu itu jgn ditanya,
sungguh aku sudah tiada.

Kerana,
sampai mati ku hnya biasa,
seorng biasa,
dn tak kan pernah sempurna, 
walau aku cuba.

Biar aku terluka,
sampai mati pun terseksa,
janji kau senyum bahagia,
bersama dia,

Sebelum aku terlupa,
nak gula-gula,
moga senyum kau lebih manis,
dan berharga,
buat dia,
kekasih hati.

Aku maafkan,
tidak ku simpan dalam hati,
andai satu hari kita ketemu,
berilah senyuman paling manis,
supaya terdetik di hati ini,
dialah yang pernah buat ku bahagia.